Sunday, July 11, 2010

Fanatik Soccer Fan In The Family.....

Aku ambik kesempatan nak tulis ni sementara tunggu Final WC kul 2.30 nanti...

Sejak aku kecik masa darjah satu...sampailah umur aku dah nak masuk 35 tahun ni....
memang dia jerlah yang rajin tengok bola.....Tak kisahlah piala malaysia ker, piala sumbangsih ke, piala dunia ke, memang dia gaklah yang duduk mengadap tv....

Kalau piala malaysia tu tak kisahlah, main belah malam...ni piala dunia yang duk tayang kat tv pukul 2 pagi pun dia akan tengok...WITHOUT FAIL!!!.....

Sedangkan masa tu kitorang sekolah lagi...mana dia nak berniaga esoknya..mana dia nak kejutkan anak-anak dia bangun p sekolah..

Teringat aku masa kecik dulu....tengah tengah tengok bola ...masa tu arwah Mokhtar Dahari, Arumugam, dan pemain-pemain kebangsaan entah masa Piala apa ntah..aku dah lupa...tetiba arwah Mokhtar Dahari score gol....dia pun melompat dan menjerit...GOOOOOOLLLLLLLLLLL.......................tetiba baru perasan..kain dah terlondeh.....

Itulah Bonda ku...Hajah tumirah binti Sulaiman yang betul betul fanatik dalam sukan bola sepak....Wa respect lu Bonda....

Lets watch WC final game now....woohooo...

Bola, Bola, Bola



Aaah....pagi ni merupakan perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia 2010 antara pasukan Sepanyol dan Belanda. Mesti ramai bookie-bookie dunia dan peminat-peminat bola sepak yang sedang berdebar-debar menantikan siapakah yang menjadi johan Piala Dunia 2010? Apakah Sepanyol atau pun Belanda? Nanti aku tanya kucing jalang kat belakang rumah tu...asyik dok tibai kucing betina jiran-jiran....tau-tau dah beranak atas siling dapur aku....mana tau dia boleh predict macam Paul the Octopus ...ahak..ahak..ahak...



Kehangatan Piala Dunia akan berakhir pagi ini. Ramailah yang pasti mengantuk untuk bekerja esok hari ataupun terus ambik MC. Patutnya pihak majikan bagi off day satu hari kemudian digantikan dengan hari yang lain...kan kan kan...maklumlah, kedatangannya hanya 4 tahun sekali....hehehhe..memandai plak aku kan...mintak maaflah boss boss semua.....


Anyway....masa aku kecik kecik dulu, masa tu kami berlima beradik, Along, Mie, Boy, Aku dan Yan, suka main kad. Alah, kad-kad terup ada gambar katun-katunlah. Sekarang ni pun masih ada banyak di jual di kedai-kedai. Selain daripada kad-kad gambar katun tu, ada di jual kad-kad pemain bola sepak dunia. Masa tu yang famous Ian Rush, Kenny Dalglish, Pele, Michael Platini dan ramai lagi, just to name a few.




Yang paling banyak simpan kad-kad pemain bola ni mestilah abang aku, Mie. Hish...tak boleh sentuh dia nyer kad. Dia kumpul semua pemain dunia masa tu. Cakap jer sapa, sumer dia ada. Tapi sayang nyer, sumer kad tu dah hilang dari simpanan kami masa rumah tengah buat renovation. Ada yang original tapi banyak gak lah yang tak ori.... Lagi pun bapak aku dulu garang, kitorang kena sorokkan kad-kad tu sumer. Abah tak suka kitorang main kad, sebab leka main sampai tak sembahyang!!! Tu yang buat dia mengamuk....

Teringat plak kejadian yang menimpa abang Mie aku, ntah macam mana abah boleh jumpa kad kad kesayangan dia, abah buang sumer kad dia...Nasib baik bukan yang ori...abah sudah tabur atas jalan. Rumah aku tu macam berbukit sikit. So, abah tabur dari bawah bukit ke atas bukit tempat tong sampah diletakkan. Mana yang kita orang boleh selamatkan, terselamat, ada yang basah-basah tu kira hancurlah.

Satu lagi insiden, dulu masa sekolah, kejohanan bola sepak sekolah hadiahnya piala yang ada patung pemain bola sepak. Entah kenapa dulu aku ni macam alim lah konon...hehehhehe....korang tau apa aku sudah buat....aku sudah patahkan patung pemain tu, yang tinggal base kayu jerlah yang ada tulis JOHAN KEJOHANAN BOLASEPAK ANTARA DAERAH PETALING....hehehe...mengamuklah abang mie aku...

Abg Mie : Siapa yang patahkan piala bola aku?
Yan : Kak Lin
Abg Mie : Apsal kau patahkan? Aku penat main untuk daerah tau! (Tune sudah tinggi)
Aku : Ustazah kata tak leh simpan patung dalam rumah...nanti malaikat tak masuk bagi rezeki..
Abang Mie : Makkkkkkkkkkkkkk......waaaaaaaaaaaaaaaaaaa...



hehehhe....

Bapak aku pujuklah abang mie aku. Abang Mie aku sudah kata aku kena sampuk dengan kumpulan Arqam...hahahhahaha...dia nangis satu malam...
Sampailer hari ni, dia tak leh lupa insiden tu..

Kesian abang Mie...mintak maafler bang Mie ooi...kau p ler main bola sekarang ni...aku janji tak patahkan piala kau tu...itu pun kalau kau menangler dengan perut boroi tu...hihihihi....

Monday, July 5, 2010

Trajedi Bukit Kepong

Korang ingat tak lagi filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Samsuddin?

Ini antara filem yang aku boleh layan lagi. Actually..bagus filem ni sebenarnya...

Aku citer sikit sejarah Trajedi Bukit Kepong....

Ianya berlaku diantara pihak polis dengan komunis keparat pada 23 February 1950. Kejadian berlaku pada pukul 4.15 pagi di Balai Polis Bukit Kepong yang terletak di tebing Sungai Muar, lebih kurang 59km daripada pekan Muar, Johor. Cuba tanya orang Muar, mesti diorang tau tempatnya.

Seramai 14 anggota polis, 4 penduduk kampung, 3 polis bantuan, seorang wanita dengan 3 orang anaknya, telah terkorban. Yang terselamat hanyalah 4 anggota polis dan isteri dan anak-anak kepada anggota yang telah terkorban. 9 keluarga semuanya.

So, kali pertama aku menonton cerita ni, abah bawak kitorang semua pi nengok kat panggung Odeon...tu diaaa....bapak aku bawak p tengok wayang...hehhhehe...
So aku first time tengok wayang masa darjah satu....ceritanya Bukit Kepong....

Dalam scene yang Allahyarham A. Rahim kena tembak ngan komunis sampai perut dia terburai, memang ngeri sangat. Pastu, masa komunis tu cucuh api dekat luka anggota polis yang dah terkorban, memang buat bulu roma aku meremang. Aku terus bangun dari tempat duduk dan cuba nak berselindung dekat tembok yang memisahkan tingkat atas ngan bawah. Aku terus nangis....nangis yang tersedu sedan....Syahdu sungguh...



Filem ni memang memberi kesan kepada aku yang baru masuk sekolah...darjah satu ler katakan...Bila cikgu tanya cita-cita nak jadi apa? Polis! hehehehe...
Memang aku betul betul bersemangat nak jadi polis...so tiap-tiap petang aku akan berlatih....Latihannya...panjat pokok jambu...bergayut kat dahan jambu (konon nak tinggi, orang yang rendah tak boleh jadi polis. Nasib tangan aku tak panjang bila asyik bergaaaaayutttt je...if not jadi orang utan ler plak kan...hehhehe)

Pastu asyik bergaduh ngan adik aku, Yan...yelah, bila aku nak jadi polis dia pun nak jadi polis...abis kalu suma jadi polis..sapa lak jadi penyangak kan? Well..gitulah penangan citer Bukit Kepong dalam hidup aku...

Kalu boleh...korang tengok ler citer ni lagi...ini sejarah babe...Kalau tak kerana mereka-mereka yang terkorban ni, kita masih tak dapat turunkan bendera Union Jack....

Kepada yang telah terkorban demi menegakkan NEGARAKU MALAYSIA...Alfatihah....

Sunday, July 4, 2010

Jom Mengaji Wei.....

Masa dulu-dulu.....seingat akulah kan....Rancangan Muqaddam hosted by Ustaz Hassan Azhari adalah satu-satunya rancangan yg ajar mengaji kat TV...yelah ...dah nama rancangan tu MUQADDAM..mentilah rancangan pasal mengaji Quran..eh tapi kalu korang ingat ada rancangan mengaji yang lain korang ingatkan aku yek.....

Rancangan Muqaddam ni on air dalam pukul 6 petang kalu tak silap...hari-hari pulak tu...Alah...korang pun lebih kurang aku gak kan....kalu rancangan mengaji jer mesti tukar channel lain..betul tak?..kikikiki...worst come to worst terus tutup TV..kan kan kan..hehhehehe..

Aku memang sukaaaaaaaaaa..... sangat ngan Ustaz Hassan Azhari ni...eh sekarang dah jadi Tan Sri kalu tak silap....iaitu ayahanda kepada KPN Tan Sri Musa Hassan, Dato Fuad Hassan dan juga Dato Jalaluddin Hassan....anda perlukan talian hayat???? hehhehehe
Kalu tak silaplah...masa rancangan ni ke udara....anak-anak Ustaz Azhari pun ada yang terlibat sama belajar mengaji...tapi i tak tahulah anak yang mana......
Naper tak der sapa yang upload video rancangan Muqaddam kat you tube eh?....puas aku cari tak dapat.....

Anyway...Ustaz Hassan Azhari kalu bertarranum...pergh....memang best!!! Cuba korang dengar....suaranya yang menusuk kalbu..



Nak jadi cerita....pada satu petang....sedang aku baru nak melangkah keluar nak p main-main....masa tu aku dalam darjah 5 ......bapak aku yang sedang makan goreng pisang sambil tengok rancangan Muqaddam sudah tegur...

Abah : Nak p mana tu?
Aku : Nak main kat luar jap...
Abah : Asyik mainnnn jer tau....(Dia punya suara punya tone sudah ckittt tinggi)
Aku : (Aku diam jerler...)
Abah : Kat TV tu Ustaz Hassan tengah ajar ngaji...apsal tak tengok? Kalu citer omputeh atau citer katun tu...tak payah aku suruh...melekat depan tv
Aku : Err...semalam dah tengok bah...(Alamak...kena cari alasan baik ni..kepala otak aku ligat berfikir)
Abah : Abis tu...kalu semalam dah tengok, ari ni tak leh tengok lagi? Dah bagus sangat ke mengaji?
Aku : Bukan tak nak tengok bah...tapi tak boleh...
Abah : Apsal lak tak boleh?
Aku : Hari ni Lin baru jer datang period....
Abah : Argh....(Tercekik goreng pisang dengar jawapan aku)

Hehehhehehe...memang tu ler jawapan aku...betul..ini kisah benar....anyway ....bapak aku bukan bodoh..

Abah : Mazhab mana kau ikut? Tak pernah lagi aku dengar ada dalil yang mengatakan kalu period tak leh tengok program mengaji kat tv..
Aku : Yelah...kalu kita belajar ngaji, mesti kena ada Muqaddam kan...mana boleh pegang Muqaddam masa tengah period bah....DOSA!!!!
Abah : Memanglah berdosa kalu pegang Al-Quran masa tengah period...tapi yang aku heran...2 minggu lepas pun kau kata kau datang period camner minggu ni kau boleh datang period lagi? Kau datang darah NIFAS ke?
Aku : (Alamak! Kantoi!)

Hehhehe...so...the moral of the story...jangan menipu..Berdosa!!! hehehhehe

Friday, July 2, 2010

Favourite Cowboy TV Series

Ada 2 orang adik beradik, suka berladang,
Yang seorang duda, seorang lagi bujang,
Si duda berkahwin balik dengan anak orang kaya punya ladang,
Si bujang pula tetap bujang trang tang tang.....

The High Chaparral adalah nama ladang yang dinamakan oleh isteri pertamanya sebelum dibunuh...Nama The High Chaparral diambil bersempena dengan nama rumput yang tumbuh di dalam kawasan ladang mereka...Isteri pertamanya kena bunuh dengan anak panah orang Indian so dia kawinlah lagi sekali dengan anak orang kaya yang mempunyai banyakkkk ladang...

Lagu intro dia punyalah best! Kalu korang tak caya ,cuba dengar......




My family memang minat sakan dengan filem ni...selalunya citer dia every saturday nite...aku memang ingat sangat sebab masa dulu dulu hari sabtu jer, abah mesti bawak kitorang jalan-jalan makan satay Pak Mon dekat BENTENG atau MEDAN BONUS...Korang tau tak tempat tu kat mana? hehehhehe...So sama ada kitorang tengok kat kedai Pak Mon ni sambil makan kerang rebus, atau pun bila dah balik rumah mesti dapat tengok ending dia aje...




Masih ingat tak mamat mamat ni?






Kira zaman tu...diorang nilah antara mamat mamat cowboy yang macho macho...tapi Mitchell dah lama meninggal....Darrow masih lagi aktif berlakon teater...

Rupa-rupanya setiap 2 tahun bermula dari tahun 2003, diorang suma (mana yang masih hidup ler) buat reunion dekat Tucson...tempat lokasi pengambaran diorang lebih daripada 40 tahun dulu....

So the next reunion will be in 2011...kalau korang ada berani, apa kata join reunion tu...hehhehehe...

Or else...join 2011 High Chaparral Reunion Survey...barulah betul betul cowboy fan..Yeehaa!!!!!

Thursday, July 1, 2010

Mini Series

Masa kitorg berborak borak tu kitorang borak pasai title miniseries yang kitorang suka sangat tengok. Aku teringat plak citer mini series "V". Korang ingat tak citer ni? Alah..... yang alien tu rupa cam manusia tapi diorang suka koyak kulit muka diorang nak tunjuk diorang tu sebenarnya alien. Pastu alien ni plak sukaaa sangat makan tikus..Korang Ingat tak?



Ingat tak Si Diana yang jahat tu? Dia memang jahat sangat tapi dia jugaklah yang paling "JELITA" sekali. Aku memang suka tengok part yang dia makan tikus tu. Masa tu aku baru dalam darjah 2 atau 3, bila tengok jer part Diana makan tikus, rasa nak termuntah. Muka dia dalam citer ni memang LCLY habis! Cuba teka aper makner LCLY tu..Hehehhehe



Yang paling aku ingat sangat masa citer ni episod yang terakhir sekali.... sebab citer ni habis kul 11 malam...bapak aku dulu garang...masa episod terakhir ni minggu exam ...so kitorang tak leh tengok tv sampai larut malam. Disebabkan aku ni anak kesayangan bapak aku, adik beradik suma setuju aku tulis surat kat bapak aku bagi pihak semua adik beradik nak minta izin tengok citer ni sampai habis...maklumlah last episode...bila surat dah siap..tinggal nak bagi jer..tapi TAKUT!!!

So aku terpikirlah satu idea...the idea was...aku pura-pura tidor...sebab kalu aku tidor...bapak aku akan angkat aku bawak masuk bilik..dia takkan kejutkan punya...ingatkan bila dia nampak surat dalam genggaman aku tu, dia akan baca...nak tau apa jadi...hehhehe....dengan selamba jer dia buang dalam tong sampah..tak di baca pun...semua adik beradik aku anginnnnnn dengan aku seminggu....hahhaha

Lepak-lepak

Idea untuk membina blog RealityFlashback ni tercetus setelah teringat kembali kenangan sebulan lepas. Ketika itu aku sedang melepak di hujung minggu dengan dua orang kenalan di sebuah kedai minum di pinggir kota. Entah macam mana topik kenangan di masa lalu telah membuatkan kami melepak di kedai tersebut daripada pukul 8pm - 12 pm. Sampai bebudak yang jaga kedai tu dah jeling-jeling ngan kitorang yang tak reti-reti nak berambus sebab diorang nak tutup kedai!!!

Di sebabkan kami bertiga lahir di sekitar tahun 70-an, maka topik kenangan di masa lalu bersekitar dengan aktiviti kami pada tahun 80an sehinggalah tamat sekolah menengah sekitar tahun 90-an. Bermula dengan program-program tv sehinggalah permainan yang kami main di waktu itu. Maklumlah aku budak KL, W orang Melaka dan O plak budak Ipoh. Mesti tak sama aktiviti budak kampung dan budak bandar kan..kan..kan...Hehehehe...




Perkara pertama yang kami dok borak malam tu ialah tentang program tv yang popular di zaman 80an. Masing-masing dok kata citer tu best, citer ni best. Yang paling best sekali zaman 80an masih lagi tv hitam putih. Bukanlah warna tv tu hitam dengan putih tetapi semua program tv masih lagi hitam putih tapi tak lama lepas tu barulah ada program yang bercolor warna warni. Lepas tu, cuma ada TV1 dan TV2 jer. Mana ada remote control kalu nak tukar channel. Sampai tercabutlah permutar channel kat tv tu. Hahhaha...

Kalu masa cuti sekolah aku balik kampung embah di sawah sempadan tanjung karang yang ketika itu masih lagi pakai lampu minyak tanah ataupun lampu kalimantang yang di caskan dengan bateri kereta bila tiba waktu malam. Masa nak tengok tv berbondong-bondong kami sepupu sepapat pergi berjalan ke rumah orang kaya kampung tu semata-mata nak tengok tv. Program tv masa tu habis kul 12 tengah malam. Dahlah jalan golap, bila lalu jer bawah pokok ketapang, semua lintang pukang lari. Takut!!!!!!