Monday, July 5, 2010

Trajedi Bukit Kepong

Korang ingat tak lagi filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Samsuddin?

Ini antara filem yang aku boleh layan lagi. Actually..bagus filem ni sebenarnya...

Aku citer sikit sejarah Trajedi Bukit Kepong....

Ianya berlaku diantara pihak polis dengan komunis keparat pada 23 February 1950. Kejadian berlaku pada pukul 4.15 pagi di Balai Polis Bukit Kepong yang terletak di tebing Sungai Muar, lebih kurang 59km daripada pekan Muar, Johor. Cuba tanya orang Muar, mesti diorang tau tempatnya.

Seramai 14 anggota polis, 4 penduduk kampung, 3 polis bantuan, seorang wanita dengan 3 orang anaknya, telah terkorban. Yang terselamat hanyalah 4 anggota polis dan isteri dan anak-anak kepada anggota yang telah terkorban. 9 keluarga semuanya.

So, kali pertama aku menonton cerita ni, abah bawak kitorang semua pi nengok kat panggung Odeon...tu diaaa....bapak aku bawak p tengok wayang...hehhhehe...
So aku first time tengok wayang masa darjah satu....ceritanya Bukit Kepong....

Dalam scene yang Allahyarham A. Rahim kena tembak ngan komunis sampai perut dia terburai, memang ngeri sangat. Pastu, masa komunis tu cucuh api dekat luka anggota polis yang dah terkorban, memang buat bulu roma aku meremang. Aku terus bangun dari tempat duduk dan cuba nak berselindung dekat tembok yang memisahkan tingkat atas ngan bawah. Aku terus nangis....nangis yang tersedu sedan....Syahdu sungguh...



Filem ni memang memberi kesan kepada aku yang baru masuk sekolah...darjah satu ler katakan...Bila cikgu tanya cita-cita nak jadi apa? Polis! hehehehe...
Memang aku betul betul bersemangat nak jadi polis...so tiap-tiap petang aku akan berlatih....Latihannya...panjat pokok jambu...bergayut kat dahan jambu (konon nak tinggi, orang yang rendah tak boleh jadi polis. Nasib tangan aku tak panjang bila asyik bergaaaaayutttt je...if not jadi orang utan ler plak kan...hehhehe)

Pastu asyik bergaduh ngan adik aku, Yan...yelah, bila aku nak jadi polis dia pun nak jadi polis...abis kalu suma jadi polis..sapa lak jadi penyangak kan? Well..gitulah penangan citer Bukit Kepong dalam hidup aku...

Kalu boleh...korang tengok ler citer ni lagi...ini sejarah babe...Kalau tak kerana mereka-mereka yang terkorban ni, kita masih tak dapat turunkan bendera Union Jack....

Kepada yang telah terkorban demi menegakkan NEGARAKU MALAYSIA...Alfatihah....

No comments:

Post a Comment