Idea untuk membina blog RealityFlashback ni tercetus setelah teringat kembali kenangan sebulan lepas. Ketika itu aku sedang melepak di hujung minggu dengan dua orang kenalan di sebuah kedai minum di pinggir kota. Entah macam mana topik kenangan di masa lalu telah membuatkan kami melepak di kedai tersebut daripada pukul 8pm - 12 pm. Sampai bebudak yang jaga kedai tu dah jeling-jeling ngan kitorang yang tak reti-reti nak berambus sebab diorang nak tutup kedai!!!
Di sebabkan kami bertiga lahir di sekitar tahun 70-an, maka topik kenangan di masa lalu bersekitar dengan aktiviti kami pada tahun 80an sehinggalah tamat sekolah menengah sekitar tahun 90-an. Bermula dengan program-program tv sehinggalah permainan yang kami main di waktu itu. Maklumlah aku budak KL, W orang Melaka dan O plak budak Ipoh. Mesti tak sama aktiviti budak kampung dan budak bandar kan..kan..kan...Hehehehe...
Perkara pertama yang kami dok borak malam tu ialah tentang program tv yang popular di zaman 80an. Masing-masing dok kata citer tu best, citer ni best. Yang paling best sekali zaman 80an masih lagi tv hitam putih. Bukanlah warna tv tu hitam dengan putih tetapi semua program tv masih lagi hitam putih tapi tak lama lepas tu barulah ada program yang bercolor warna warni. Lepas tu, cuma ada TV1 dan TV2 jer. Mana ada remote control kalu nak tukar channel. Sampai tercabutlah permutar channel kat tv tu. Hahhaha...
Kalu masa cuti sekolah aku balik kampung embah di sawah sempadan tanjung karang yang ketika itu masih lagi pakai lampu minyak tanah ataupun lampu kalimantang yang di caskan dengan bateri kereta bila tiba waktu malam. Masa nak tengok tv berbondong-bondong kami sepupu sepapat pergi berjalan ke rumah orang kaya kampung tu semata-mata nak tengok tv. Program tv masa tu habis kul 12 tengah malam. Dahlah jalan golap, bila lalu jer bawah pokok ketapang, semua lintang pukang lari. Takut!!!!!!
x ajak lepak pon...
ReplyDeletelah...lupa nak ajak u...next time k..:)
ReplyDelete